Tuesday, 13 January 2015

Malam Citra Puisi Kump.1 Siri12/2015

                                   
Malam Citra Puisi yang merupakan malam kemuncak bagi Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Januari 2015 di Dewan Makan Kem PLKN Kg. Sg. Tiga Mesapol Sipitang.

Program yang bertujuan menyemai semangat cinta akan sastera dan budaya ini telah dihadiri oleh Mejar Azrulnizam Bin Othman selaku Komandan Kem, Kapt. Mohd Amin Bin Ahmad (TKP) dan Cik Puan Iira Ida Joanes (TKL). 

Program yang diketuai oleh Encik Noordin Zainal Abidin ini merupakan berbentuk pertandingan diantara 4 buah kompeni yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu, Puisi Moden, Puisi Tradisional dan Sayembara Deklamasi Sajak.Malam Citra Puisi bagi Kump.1 Siri12/2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Januari 2015 di Dewan Makan Kem PLKN Kg. Sg. Tiga Mesapol Sipitang.

Program ini yang diketuai oleh Encik Noordin Zainal Abidin bertujuan untuk menyemai semangat cintakan sastera dan budaya dalam diri remaja.

Malam Citra Puisi kali ini mementaskan 3 kategori iaitu Puisi Moden, Puisi Tradisional dan Sayembara Deklamasi Sajak.


                                        


                                         


                                         

Persembahan dari Kompeni Bravo dengan nama kumpulan mereka A.Samad muncul juara dengan mengungguli ketiga-tiga kategori.